Mungkin ada yang panggil karipap ni karipap telur, sebab inti dalam dia adalah telur . . tapi sekang dah maju, ada je yang wat karipap gergasi ini berintikan kari ayam atau daging . .mungkin. .
Tapi untuk waktu ni bialah saya ajar dulu resepi wat karipap telur ni . .
Bahan untuk kulit:
Tepung, minyak, air, garam…
(macam nak wat kulit karipap biasa, tapi doh digalakkan agar sedikit keras )
Bahan Inti dan cara membuatnya:
Kubis, lada, lobak,
(potong semua bahan ini halus2 dan rendam di dalam air garam)
N satu biji telur untuk setiap biji karipap yang hendak dihasilkan.
Langkah membuatnya:
Gelek doh besar2 seluas pinggan yang besar..makin besar makin menarik karipap gergasi kita . .
Letakkan diatas pinggan yang sedikit berlekuk dan masukkan inti yang telah direndam air garam tadi, kemudian pecahkan sebiji telur kedalamnya .
Tutup seperti biasa dan buat kelim cantik2. .
dan seterusnya goreng dalam kuantiti minyak panas yang banyak dengan kadar api yang tidak begitu kuat. . .goreng sehingga kuning keemasan.
done!!! . .ini hasilnya… sediakan pencicah untuk rasa yang lebih sedap . . .
ini cara sy buat. . .sila lah cuba J
No comments:
Post a Comment