time kasih bintang2 followers sya...

Sunday, March 6, 2011

renovate hati

Puisi ini saya cipta khas buat teman2 yang disayangi..
Simpan kekuatan dalam diri..


jika ingin memberi cinta pada seseorang..jangan di beri sepenuh hati,
simpan sedikit cebisan cinta untuk diri sendiri,
kerana khuatir hati yang diberi akan pergi meniggalkan kita nanti,
moga cinta pada diri yg masih dimiliki,
mampu buat kita masih berdiri.

aku akui sebagai wanita kita ingin disayangi,
tapi cuba la kita mengerti,
tak semua cinta pastinya menjadi,
kerana tak semua bisa setia pada janji,
yang mungkin ada hanyalah memungkiri.

kawanku, tak usah di tangisi pada yang lari,
kerana yang lari itu mungkin insan yang tak punya hati,
Mungkin ada yang lebih baik sedang menanti,
Seorang insan yang boleh menemani,
Menerima setiap kekurangn diri,
Memahami diri yang masih belum matang lagi,
Yang mampu buktikan ia seorang lelaki sejati,
Melayari bahtera hidup yang penuh ranjau duri.

Namun yang amat ku pasti,
Cinta yang sejati adalah cinta ilahi,
Yang tak pernah pergi,
Sekiranya kita hadir untuk menemui,
Kedamaian hidup yang dicari,
Pasti dapat kita dampingi,
Bila menyembah diri pada tuan punya alam semesta ini..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...