time kasih bintang2 followers sya...

Wednesday, October 27, 2010

Bila sudah tertulis.



Di subuh hari yang sangat tenang..setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah.. Nabi Muhammad S.A.W mengadakan tazkirah pendek bagi memenuhi kekosongan ilmu sahabat-sahabatnya. Para sahabat nabi semuanya mengambil tempat duduk berhadapan dengan baginda untuk menjelaskan pandang dan pendengaran mereka untuk mendengar tazkirah tersebut. Dalam khusyuk nabi menyampaikan tazkirah, terlihat olehnya seorang sahabat yang duduk mendengar tazkiranya dalam keadaan gelisah dan terpandang juga oleh baginda seseorang yang baru sahaja tiba dan hanya duduk di muka pintu tetapi hanya memerhatikan dengan hairan rakannya yang sedang gelisah itu.. Namun nabi meneruskan tazkirahnya dengan tenang dan bersahaja sehinggalah selesai.. sebelum semua sahabat bersurai di panggilnya lelaki yang dilihatnya  gelisah tadi.

              Baginda: wahai sahabatku..mengapa dari tadi aku lihat kau tidak 
        tenang dan tenteram semasa mendengar tazkirahku?..adakah
                           tazkirah aku sebentar tadi salah atau telah menyinggung perasaan mu?

             Sahabat: wahai nabiku yang amat aku kasihi..
                   maafkan aku sekiranya kelakuan ku tadi telah 
           menyinggung hatimu..
                      aku berasa tidak tenteram kerana ada seseorang di
              muka pintu itu hanya melihat aku tanpa henti.
              Aku berasa amat hairan wahai Muhammad.

     Setelah mendengar penjelasan sahabatnya itu, 
          nabi segera mendapatkan orang yang duduk di muka pintu. 
            Di tanyanya orang itu apa yang di inginkan olehnya 
              terhadap sahabatnya itu.

                            Malaikat: sebenarnya aku malaikat maut dan diutuskan oleh Allah S.W.T
                               untuk mengambil nyawa sahabatmu itu pada pukul 7 pagi ini. Tetapi yang 
                         menghairankan aku, aku diperintahkan Allah untuk mengambil nyawa 
                                    sahabatmu itu di sebuah pulau yang tiada siapa pun akan sampai kesana.
                           Tetapi pada waktu ini dia masih berada di sini dan sedang
                     mendengar tazkirahmu. Hal ini yang menimbulkan 
                 kehairanan kepada aku untuk mengambil nyawanya.

Selesai mendengar bicara malaikat Izrail itu, 
nabi segera mendapatkan sahabatnya yang dalam keadaan tertanya-tanya itu.

Nabi: sahabatku..aku telah tahu mengapa orang itu kemari dan apa tujuannya datang kemari.

Sahabat: apa yang di mahukan olehnya wahai nabi ku? (tanya sahabat dengan tergesa-gesa)

Nabi:               aku harap apa yang akan aku sampaikan nanti tidak akan menakutkan dirimu.dia itu malaikat Izrail yang diutuskan oleh Allah untuk mengabil nyawamu.( beritahu nabi dengan sayu)

Mendengar perkhabaran itu, sahabat nabi menjadi sangat takut. Tubuhnya menggeletar dan dengan keadaan terdesak dan terlalu takut, beliau telah meminta nabi menyelamatkannya dari maut itu. Dia meminta nabi menghantarkannya ke sebuah pulau yang tiada seorang pun akan sampai kesana. Dan berharap malaikat maut tidak akan dapat menjumpainya.


         Melihat rakannya yang sangat takut itu, Nabi Muhammad hanya menurut apa yang dimahukan. Nabi meminta rakannya itu memejamkan mata dan telah membaca beberapa surah untuk menghantarkan sahabatnya itu, dan dengan sekelip mata rakannya hilang dari pandangan. Dan di lihat juga oleh Nabi, malaikat maut itu hanya mengganggukkan kepala dan seterusnya beredar dari masjid itu. Dan nabi mengucapkan kalimah “ innalillahiwainalillahhirojiun”




sesungguhnya bila tertulis ajal kita..lari kemana pun tetap ajal kita..


aku: hanya mencoret kata yang pernah aku dengar..andai sedikit kesalahan dalam coretan ini..maafkanlah..

Tuesday, October 26, 2010

sejuta puisi



Sejuta puisi.
aku nak join program ni...nak wat  malaysia book of records...membaca puisi tanpa henti selama 33 jam..sape sape ynag nak join mesti kene buat sajak, pantun dan apa2 sahaja asalkan masih lagi di kelaskan sebagai puisi... hidup tak tenang selagi x ciapkan puisi2 2. rasa menyesal lak bagi nama nak join program ni, tapi dah alang2 dah melangkah biarlah sampai betul2.. motif utama nak join sebab nak sijil + nak kenal perpustakaan negara + nak jalan2..so susa-susa pun buat jugak la..erm..xcukup waktu aku buat..hari tu dah nak dekat...xcukup waktu nak buat..mungkin sebab aku lengah kan..semua waktu kelas aku dok pk pasal puisi + malas dengar lect..huuhuhuu.. sorry Dr...time kelas Dr pun saya sempat gak menaip..ahahhaa..




22 oktober 2010..


Hari jumaat.
kami gerak ke PNM...
Hati makin xrela nak pergi walaupun masa 2 dah dduk dalam bas..erm...nak x nak bas dah gerak..so mmg dah pergi la jugak..sampai2 je kami terus pergi tempat penginapan..perh!!! kalah hotel 5 bintang..huhuu..erm..mandi, makan semyang 2 cam biasa la...koi 11.00 malam..mula la majlis perasmian untuk MALAYSIA BOOK OF RECORDS sejuta puisi..agak gemilang la suasana 2,,xseperti yang aku sangka...dalam hati...aku tarik balik ayat menyesal aku tadi..


tepat jam 11.30 malam..bermulalah catatan untuk membuat record malaysia..bermula dengan lect kami baca puisi di ikuti sasterawan2 dan artis2...( aku pendek2 kan cerita..).. jam 3.12 petang hari sabtuujan turun dengan lebatnya...angin macam dah taufan..bukan nak wat cite gempak..tapi mmg macam kucar sangat je keadaan masa 2.. pasu2 bunga tumbang,,khemah2 pun nak terangkat..30 minit turn aku lak nak baca..nak baca jugak ke kalau dah keadaan macam ni..aku tgk orang yang duduk atas stage pun dah xtentu hala depe baca..tapi sebab misi ni nak baca puisi tanpa henti..maka depe ni baca jugak la..tapi akhirnya, sebab terlalu takut khemah tu nak terangkat..pembaca puisi tu pun lari....kami2 yang tengok rasa cam xjadi je dah book of records ni.. Allahamdulillah...rupenya ada seseorang yang back up, dendang kan sajak dari belakang...mase ribut tu baru aku kenal dan nampak mana lelaki yang bertanggungjawab atau yang hanya nak jaga macho dan selamatkan diri sendiri..ada yang sanggup berbasah kuyup untuk pertahankan khemah dari terbang dan ada yang terus pergi ke tempat yang xda hujan..
Apa2 pun xlama 2 hujan berhenti ribut pun turut berlari meninggalkan kami..hihi..sampai turn aku baca..mase tu jam 3.47 petang...turun je stage aku dapat segulung sijil sebab sertai bacaan puisi.. setiap orang bergilir-gilir mendeklamasikan sajak sehingga jam 12 tengahari hari Ahad..majlis penutup dan pengisytiharan kelulusan book of records 2..
Malaysia book of records : sejuta puisi..bacaan puisi tanpa henti..10 ribu 118 puisi..34 jam 36 saat!!!

mimah, intan, wan, siti, chong, ecah, puteri, bazilah,, G ah, shud n ajmal..
sesungguhnhya terlalu banyak kenangan kita kat sana..suka, sedih,, kelaka,,takut.semua2 la...


tapi yang penting kita enjoy..huhuhu..

Friday, October 22, 2010

anugerah di pagi hari..

” Dan demi shubuh apabila fajar mulai menyingsing” ( QS. At Takwir:18)
Jam menunjukkan pkul 6.15...tapi aku masih lena di buai mimpi2 indah. bukannnya selalu aku dapat bangun lambat camni..asek ada kelas je..xbaek sebenarnya aku pk camni, sebab bangun pagi bukan sepatutnya kerana kita ada tugas yang pelu dilakukan tetapi seharusnya kerana DIA. ada tanggungjawab lain yang kita perlu laksanakan sebagai umatNYA. melihat kepada keadaan ini, sudah semestinya ALLAH memberikan manfaat kepada hambanya yang bangun pada awal pagi. semua yang di syaratkan sememangnya ada manfaat dan kelebihan yang tersembunyi.
Bangun dipagi hari memerlukan perjuangan yang kuat. banyak dugaan dan hasutan yang membawa kita ke lembah kegelapan. Dan allah memberikan perintah kepada ayam jantan untuk berkokok untuk membangunkan manusia pada awal pagi. namun hanya kita sahaja yang tidak tahu keunikan dan keistimewaan kokokan ayam tersebut...tapi kadang ayam berkokok jugak tengah-tengah hari,,,erm..apa maknanya ye??..bagi aku mungkin ayam ni dah tak betul atau xlama ag nak mati..hihihi..tapi hakikatnya mungkin masih ada mana-mana hamba ALLAH yang masih dibuai mimpi dan menyeru ayam itu untuk berkokok lagi..
kelebihan bangun pagi:-
dapat memberikan kesegaran kepada tubuh. kita akan menjadi lebih bertenaga dan bersedia untuk melakukan apa sahaja.
kesihatan lebih terjamin, di dapati mereka yang bangun lambat akan mengalami pening-pening, rasa mengantuk yang lebih walaupun sudah tidur lama dan hari mereka akan menjadi murung.
bangun pagi adalah waktu yang tepat untuk melatih fikiran dan hati agar bisa berkonsentrasi, dapat berfikir dengan bijaksana dan mampu membuat keputusan yang rasional.
di waktu orang dibuai mimpi, kita sudah mencari rezeki,,waktu tu kita kan dapat lihat perbezaan, bahawa rezeki kita sudah masuk pada hari itu, sedangkan orang yang masih lena, masih rugi.
Dan yang lebih utama, dipagi hari manusia bisa bermunajat kepada Allah. Karena waktu pagi adalah waktu yang tepat untuk berdoa dan dimana Allah membuka pintu rahmatnya-Nya.
Bertemu pagi adalah sebuah keindahan. Tetapi mengetahui keistimewaan dan mengambil manfaat dari pagi adalah sesuatu yang harus diusahakan. Jalanya hanya satu iaitu dengan bangun pagi. hanya mereka yang bangun pagi dapat merasai kelebihan bangun pagi . . 
 .

Wednesday, October 20, 2010

aku insan bertuah..




seorang puteri raja merasakan hidupnya sangat bertuah kerana memiliki seorang jejaka yang sangat meyayangi dirinya. oleh hal yang demikaian, beliau telah menganjurkan satu pertandingan untuk melihat sama ada masih adakah gadis yang mampu menandingi dirinya.

di suatu kisah,
pertandingan gadis paling bertuah telah diadakan oleh puteri raja. hadiah yang ditawarkan begitu lumayan sehingga membuatkan semua gadis berminat untuk mnyertainya. setiap gadis perlu menceritakan kebaikan dan kelebihan pasangan masing-masing.. setiap gadis yang mengetahui pengkhabaran itu sibuk mengolah cerita tentang kehebatan pasangan mereka.
dalam kesibukan gadis-gadis desa menceritakan kebaikan pasangan dan kebertuahan diri mereka, terlihat seorang gadis yang hanya mendiamkan diri dan tidak bercerita apa-apa pun tentang pasangnnya. hal ini menimbulkan kehairanan dan pertanyaan kepada orang ramai. tidak bertuah langsungkah gadis itu, sehinggakan cerita rekaan pun tidak mampu dihasilkannya. sebarang persoalan diajukan, namun hanya gelengan yang diberikan. setelah didesak dan di soal berulang kali oleh puteri raja barulah wanita itu berkata..

saya wanita bertuah miliki dia,
tak dapat saya gambrkan betapa bertuahnya saya hidup di sampingnya,
kesetiaan, kejujuran, kasih sayang dan segala yang baik ada dalam dirinya,
apa yang saya harapkan dia kekal jadi milik saya.

orang ramai tak perlu tahu bertapa indahnya hari hari saya,
tak perlu dicerita bahagianya saya rasa,
tak perlu diungkap bertuahnya hidup disampingnya,
kerana saya tak mahu,
andai ada yang tahu betapa bertuahnya saya,
maka akan ada yang cuba untuk miliki dia,
cinta dan sayangnya bukan nafsu semata,
cinta dan kasihnya,
membuat saya bahagia.

Princess Cinderella Cartoon Image


puteri raja hanya terduduk dan kaku mendiamkan diri. kini dia tahu, bertuahnya dirinya sudah mampu ditandingi.

moral of the sotry: tak perlu hebah dengan apa yang kita punya.cukup sekadar kita tahu untuk merasai. yang indah itu xsemestinya kekal..

Friday, October 15, 2010

kehidupan terindah..

andai kita kaya,,,kita mesti ketawa
andai kita jelita mesti kita gembira
andai semua yang ada telah jadi milik kita
tetapi cukuplah sekadar kita bersyukur dengan apa yang kita punya...
ia sudah mampu untuk buat kita bahagia.
 kelebihan hidup aku..aku dikelilingi oleh orang yang sangat menyayangi diri aku..  mereka semua meyayangi diri aku walaupun aku hanya insan biasa yang xlari dari khilafnya.. Dan aku tahu jawapannya...kerana aku sanggup lakukan ape sahaja untuk menjaga hati dan perasaan mereka..terima kasih ya ALLAH,, KAU kurniakan hidup aku yang terindah. Mungkin ada yang lebih indah kehidupannya daripada aku..tapi cuma satu yang aku mahu kamu kamu tahu.. semua kehidupan di dunia adalah kehidupan yang terindah..tapi kita sebagai pelakon utama dalam kehidupan kita itu seharusnya menghargai kehidupan indah yang telah kita miliki... dan itulah erti kehidupan terindah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...