time kasih bintang2 followers sya...

Wednesday, October 27, 2010

Bila sudah tertulis.



Di subuh hari yang sangat tenang..setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah.. Nabi Muhammad S.A.W mengadakan tazkirah pendek bagi memenuhi kekosongan ilmu sahabat-sahabatnya. Para sahabat nabi semuanya mengambil tempat duduk berhadapan dengan baginda untuk menjelaskan pandang dan pendengaran mereka untuk mendengar tazkirah tersebut. Dalam khusyuk nabi menyampaikan tazkirah, terlihat olehnya seorang sahabat yang duduk mendengar tazkiranya dalam keadaan gelisah dan terpandang juga oleh baginda seseorang yang baru sahaja tiba dan hanya duduk di muka pintu tetapi hanya memerhatikan dengan hairan rakannya yang sedang gelisah itu.. Namun nabi meneruskan tazkirahnya dengan tenang dan bersahaja sehinggalah selesai.. sebelum semua sahabat bersurai di panggilnya lelaki yang dilihatnya  gelisah tadi.

              Baginda: wahai sahabatku..mengapa dari tadi aku lihat kau tidak 
        tenang dan tenteram semasa mendengar tazkirahku?..adakah
                           tazkirah aku sebentar tadi salah atau telah menyinggung perasaan mu?

             Sahabat: wahai nabiku yang amat aku kasihi..
                   maafkan aku sekiranya kelakuan ku tadi telah 
           menyinggung hatimu..
                      aku berasa tidak tenteram kerana ada seseorang di
              muka pintu itu hanya melihat aku tanpa henti.
              Aku berasa amat hairan wahai Muhammad.

     Setelah mendengar penjelasan sahabatnya itu, 
          nabi segera mendapatkan orang yang duduk di muka pintu. 
            Di tanyanya orang itu apa yang di inginkan olehnya 
              terhadap sahabatnya itu.

                            Malaikat: sebenarnya aku malaikat maut dan diutuskan oleh Allah S.W.T
                               untuk mengambil nyawa sahabatmu itu pada pukul 7 pagi ini. Tetapi yang 
                         menghairankan aku, aku diperintahkan Allah untuk mengambil nyawa 
                                    sahabatmu itu di sebuah pulau yang tiada siapa pun akan sampai kesana.
                           Tetapi pada waktu ini dia masih berada di sini dan sedang
                     mendengar tazkirahmu. Hal ini yang menimbulkan 
                 kehairanan kepada aku untuk mengambil nyawanya.

Selesai mendengar bicara malaikat Izrail itu, 
nabi segera mendapatkan sahabatnya yang dalam keadaan tertanya-tanya itu.

Nabi: sahabatku..aku telah tahu mengapa orang itu kemari dan apa tujuannya datang kemari.

Sahabat: apa yang di mahukan olehnya wahai nabi ku? (tanya sahabat dengan tergesa-gesa)

Nabi:               aku harap apa yang akan aku sampaikan nanti tidak akan menakutkan dirimu.dia itu malaikat Izrail yang diutuskan oleh Allah untuk mengabil nyawamu.( beritahu nabi dengan sayu)

Mendengar perkhabaran itu, sahabat nabi menjadi sangat takut. Tubuhnya menggeletar dan dengan keadaan terdesak dan terlalu takut, beliau telah meminta nabi menyelamatkannya dari maut itu. Dia meminta nabi menghantarkannya ke sebuah pulau yang tiada seorang pun akan sampai kesana. Dan berharap malaikat maut tidak akan dapat menjumpainya.


         Melihat rakannya yang sangat takut itu, Nabi Muhammad hanya menurut apa yang dimahukan. Nabi meminta rakannya itu memejamkan mata dan telah membaca beberapa surah untuk menghantarkan sahabatnya itu, dan dengan sekelip mata rakannya hilang dari pandangan. Dan di lihat juga oleh Nabi, malaikat maut itu hanya mengganggukkan kepala dan seterusnya beredar dari masjid itu. Dan nabi mengucapkan kalimah “ innalillahiwainalillahhirojiun”




sesungguhnya bila tertulis ajal kita..lari kemana pun tetap ajal kita..


aku: hanya mencoret kata yang pernah aku dengar..andai sedikit kesalahan dalam coretan ini..maafkanlah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...