time kasih bintang2 followers sya...

Wednesday, October 20, 2010

aku insan bertuah..




seorang puteri raja merasakan hidupnya sangat bertuah kerana memiliki seorang jejaka yang sangat meyayangi dirinya. oleh hal yang demikaian, beliau telah menganjurkan satu pertandingan untuk melihat sama ada masih adakah gadis yang mampu menandingi dirinya.

di suatu kisah,
pertandingan gadis paling bertuah telah diadakan oleh puteri raja. hadiah yang ditawarkan begitu lumayan sehingga membuatkan semua gadis berminat untuk mnyertainya. setiap gadis perlu menceritakan kebaikan dan kelebihan pasangan masing-masing.. setiap gadis yang mengetahui pengkhabaran itu sibuk mengolah cerita tentang kehebatan pasangan mereka.
dalam kesibukan gadis-gadis desa menceritakan kebaikan pasangan dan kebertuahan diri mereka, terlihat seorang gadis yang hanya mendiamkan diri dan tidak bercerita apa-apa pun tentang pasangnnya. hal ini menimbulkan kehairanan dan pertanyaan kepada orang ramai. tidak bertuah langsungkah gadis itu, sehinggakan cerita rekaan pun tidak mampu dihasilkannya. sebarang persoalan diajukan, namun hanya gelengan yang diberikan. setelah didesak dan di soal berulang kali oleh puteri raja barulah wanita itu berkata..

saya wanita bertuah miliki dia,
tak dapat saya gambrkan betapa bertuahnya saya hidup di sampingnya,
kesetiaan, kejujuran, kasih sayang dan segala yang baik ada dalam dirinya,
apa yang saya harapkan dia kekal jadi milik saya.

orang ramai tak perlu tahu bertapa indahnya hari hari saya,
tak perlu dicerita bahagianya saya rasa,
tak perlu diungkap bertuahnya hidup disampingnya,
kerana saya tak mahu,
andai ada yang tahu betapa bertuahnya saya,
maka akan ada yang cuba untuk miliki dia,
cinta dan sayangnya bukan nafsu semata,
cinta dan kasihnya,
membuat saya bahagia.

Princess Cinderella Cartoon Image


puteri raja hanya terduduk dan kaku mendiamkan diri. kini dia tahu, bertuahnya dirinya sudah mampu ditandingi.

moral of the sotry: tak perlu hebah dengan apa yang kita punya.cukup sekadar kita tahu untuk merasai. yang indah itu xsemestinya kekal..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...