time kasih bintang2 followers sya...

Friday, October 22, 2010

anugerah di pagi hari..

” Dan demi shubuh apabila fajar mulai menyingsing” ( QS. At Takwir:18)
Jam menunjukkan pkul 6.15...tapi aku masih lena di buai mimpi2 indah. bukannnya selalu aku dapat bangun lambat camni..asek ada kelas je..xbaek sebenarnya aku pk camni, sebab bangun pagi bukan sepatutnya kerana kita ada tugas yang pelu dilakukan tetapi seharusnya kerana DIA. ada tanggungjawab lain yang kita perlu laksanakan sebagai umatNYA. melihat kepada keadaan ini, sudah semestinya ALLAH memberikan manfaat kepada hambanya yang bangun pada awal pagi. semua yang di syaratkan sememangnya ada manfaat dan kelebihan yang tersembunyi.
Bangun dipagi hari memerlukan perjuangan yang kuat. banyak dugaan dan hasutan yang membawa kita ke lembah kegelapan. Dan allah memberikan perintah kepada ayam jantan untuk berkokok untuk membangunkan manusia pada awal pagi. namun hanya kita sahaja yang tidak tahu keunikan dan keistimewaan kokokan ayam tersebut...tapi kadang ayam berkokok jugak tengah-tengah hari,,,erm..apa maknanya ye??..bagi aku mungkin ayam ni dah tak betul atau xlama ag nak mati..hihihi..tapi hakikatnya mungkin masih ada mana-mana hamba ALLAH yang masih dibuai mimpi dan menyeru ayam itu untuk berkokok lagi..
kelebihan bangun pagi:-
dapat memberikan kesegaran kepada tubuh. kita akan menjadi lebih bertenaga dan bersedia untuk melakukan apa sahaja.
kesihatan lebih terjamin, di dapati mereka yang bangun lambat akan mengalami pening-pening, rasa mengantuk yang lebih walaupun sudah tidur lama dan hari mereka akan menjadi murung.
bangun pagi adalah waktu yang tepat untuk melatih fikiran dan hati agar bisa berkonsentrasi, dapat berfikir dengan bijaksana dan mampu membuat keputusan yang rasional.
di waktu orang dibuai mimpi, kita sudah mencari rezeki,,waktu tu kita kan dapat lihat perbezaan, bahawa rezeki kita sudah masuk pada hari itu, sedangkan orang yang masih lena, masih rugi.
Dan yang lebih utama, dipagi hari manusia bisa bermunajat kepada Allah. Karena waktu pagi adalah waktu yang tepat untuk berdoa dan dimana Allah membuka pintu rahmatnya-Nya.
Bertemu pagi adalah sebuah keindahan. Tetapi mengetahui keistimewaan dan mengambil manfaat dari pagi adalah sesuatu yang harus diusahakan. Jalanya hanya satu iaitu dengan bangun pagi. hanya mereka yang bangun pagi dapat merasai kelebihan bangun pagi . . 
 .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...